Saturday, October 23, 2010

"Doa Penawar Hati Yang Duka"

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”"
HR. Al-Bukhari..

Saturday, October 9, 2010

nisa'..

Akhwat yang CANTIK d cc ALLAH adalah:
  • melukis kekuatan melalui masalahnya..
  • tersenyum d saat trtekan..
  • tertawa d saat hati sedang menangis..
  • tabah d saat terhina..
  • mempesona kerana memaafkan..
  • mengasihi tanpa meminta balas..
  • bertambah kuat dalam doa & pengharapan ILAHI..
Dirimu trhiasa sbg sbaik2 cptaan..
maka jdknlah drimu nisa' yang boleh mnjd mujahidah, jihad d jln Allah..
jdknlah drimu antara fatayat yang dijulang..
Cantik d pandang, ttapi susah utk d pegang..
jdknlah drimu gadis manis yg x pernah kalah dgn redup penahan mata Adam..
biar nafsumu hidup dlm tarbiyah d jln dakwah bertintakan darah & air mata perjuangan, di titip atas warkah pnih kmuliaan & di kirimkan utk mujahidah menuju Tuhan..

Wanita..
dgn kcantikanmu, kau lbih elok drpd matahari..
dgn akhlakmu, kau lbih wangi drpd hruman wangian..
dgn indah hatimu, kau lbih tinggi drpd rembulan..
dgn kelembutan, kau lbih halus drpd rintik hujan..
smg kita mnjadi wanita solehah hiasan dunia, bidadari indah penyejuk mata di taman syurga..
AMIIN..

pesanan utk orang CANTIK..

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.

Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.

Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.

Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.

Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.

Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.

Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.

Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!

Sunday, October 3, 2010

Kita Bersahabat Selamanya..

Agama Islam adalah agama universal. Setiap inci dalam aspek kehidupan kita disentuh di dalam Al-Qur'an, Hadis-hadis nabi dan juga diperbahaskan oleh ulama'-ulama' muktabar di sepanjang zaman. Ini membuktikan betapa Islam adalah sebuah agama yang syumul dan lengkap dan sesuai digunapakai di sepanjang zaman.

Antara aspek kehidupan yang ditekankan oleh Islam adalah persaudaraan ataupun persahabatan. Anas Ibn Malik pernah meriwayatkan hadis yang bermaksud :

"Dan tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"

Hadis ringkas ini cukup mudah untuk difahami dimana Islam sangat menekankan ikatan persaudaraan sesama Muslim. Kita sangat digalakkan untuk menyambung silaturrahim yang terputus dan juga ditegah untuk tidak bertegur sapa sesama kita lebih daripada 3 hari.

Kekuatan Islam pada hari ini terletak pada kekuatan silaturrahim sesama kita.

Jika sesama muslim pun kita sering berpecah belah dan bertegang leher, maka sukarlah untuk kita menewaskan musuh utama kita yang sudah dijelaskan di dalam Al-Quran iaitu yahudi laknatullah yang sangat bersatu-padu untuk menghancurkan umat Islam.

Masalah yang timbul adalah kita kurang didedahkan tentang cara bersilaturrahim dengan baik dan efektif. Bagaimana adab-adab bergaul dengan kawan dan apakah langkah-langkah yang perlu dititikberatkan untuk mewujudkan suasana pergaulan yang harmoni sesama kita.

Walaupun ia nampak seperti sesuatu yang remeh, namun itulah asas untuk mewujudkan umat Islam yang kuat dan disegani sepertimana umat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman para sahabat yang berjaya menguasai satu per tiga dunia.

Ikatan persahabatan itu seperti untaian tasbih yang ada awal tiada penghujung. Dicantum demi cinta-Nya, diratib demi redha-Nya.

Friday, October 1, 2010

WAHAI WANITA...=)

Gadisku... Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk Adam yg bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.kau umpama sekuntum bunga,harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu namun....tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar,dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yg memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang...tapi awas duri yg melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali utk mendekatinya....

Gadisku... Aku suka sekiranya kau spt mawar aspirasi setiap mujahidah..bentenglah dirimu dgn perasaan malu yg bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan takwa kepada Allah...hiasilah wajahmu dgn titisan wudhuk...ingatlah bahawa ciri2 seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya..sesuatu yg tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dgn sesuatu yg terdedah...umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dgn permata yg diletakkan dalam satu bekas yg tertutup...sudah pastinya keinginan utk melihat permata yg tersembunyi itu melebihi drpd yg terdedah..wanita solehah yg taat dan patuh pada Al-Khalik dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yg bernama Adam...namun ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yg tggi kerana ianya bercanggah dgn nafsu serakah yg bersarang dalam dirimu lebih2 lagi title gadis yg kau miliki sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada...namun ingatlah gadisku sesiapa yg inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan2 ke arah itu,yg penting gadisku engkau mesti mempunyai azam,usaha,dan istiqamah...

Gadisku... Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki...seandainya pakaian malu kau tinggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yg dapat membentengimu...ssghnya nabi ada mengatakan ttg bahaya dirimu..''tidak ada suatu fitnah yg lebih bermaharajalela slps wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca drpd wanita..''oleh itu gadisku stp langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kpd Al-Quran dan As-Sunnah..jangan biarkan org lain mengeksploitasikan dirimu utk kepentingan tertentu...ssghnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dgn kaum Adam..kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yg bisa menggoncangkan dunia dgn sentuhan lembut tanganmu...

Gadisku... Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyanyangi,itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai diantara kamu yg tewas kerana cinta...kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai..gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta..benarlah sabda R.S.W ''ssghnya cinta itu buta''..cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yg hak dan yg batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah S.W.T..sblm kau mendekati cinta,cintailah dirimu terlebih dahulu..mengkaji hakikat dirimu yg begitu simbolik,yg berasal dari setitis air yg tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yg direncanakan oleh Allah...semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptaMu....

Gadisku... Mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yg hakiki dan abadi kerana hati yg pecah dan retak apabila diberikan kpd makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kpd Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali..dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dgn ilmu yg mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu...ssghnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yg melakukan maksiat..buat akhirnya terimalah kata2 seorang sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sbg renungan bersama..''cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yg abadi utk seorang insan kerana ia tidak kekal..cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal,kecewa,menderita,dan tersiksa..oleh itu tidak ada suatu cinta pun yg dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yg kekal abadi kecuali cinta kpd pencipta manusia itu sendiri''...