Friday, October 1, 2010

WAHAI WANITA...=)

Gadisku... Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk Adam yg bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.kau umpama sekuntum bunga,harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu namun....tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar,dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yg memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang...tapi awas duri yg melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali utk mendekatinya....

Gadisku... Aku suka sekiranya kau spt mawar aspirasi setiap mujahidah..bentenglah dirimu dgn perasaan malu yg bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan takwa kepada Allah...hiasilah wajahmu dgn titisan wudhuk...ingatlah bahawa ciri2 seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya..sesuatu yg tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dgn sesuatu yg terdedah...umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dgn permata yg diletakkan dalam satu bekas yg tertutup...sudah pastinya keinginan utk melihat permata yg tersembunyi itu melebihi drpd yg terdedah..wanita solehah yg taat dan patuh pada Al-Khalik dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yg bernama Adam...namun ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yg tggi kerana ianya bercanggah dgn nafsu serakah yg bersarang dalam dirimu lebih2 lagi title gadis yg kau miliki sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada...namun ingatlah gadisku sesiapa yg inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan2 ke arah itu,yg penting gadisku engkau mesti mempunyai azam,usaha,dan istiqamah...

Gadisku... Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki...seandainya pakaian malu kau tinggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yg dapat membentengimu...ssghnya nabi ada mengatakan ttg bahaya dirimu..''tidak ada suatu fitnah yg lebih bermaharajalela slps wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca drpd wanita..''oleh itu gadisku stp langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kpd Al-Quran dan As-Sunnah..jangan biarkan org lain mengeksploitasikan dirimu utk kepentingan tertentu...ssghnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dgn kaum Adam..kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yg bisa menggoncangkan dunia dgn sentuhan lembut tanganmu...

Gadisku... Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyanyangi,itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai diantara kamu yg tewas kerana cinta...kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai..gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta..benarlah sabda R.S.W ''ssghnya cinta itu buta''..cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yg hak dan yg batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah S.W.T..sblm kau mendekati cinta,cintailah dirimu terlebih dahulu..mengkaji hakikat dirimu yg begitu simbolik,yg berasal dari setitis air yg tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yg direncanakan oleh Allah...semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptaMu....

Gadisku... Mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yg hakiki dan abadi kerana hati yg pecah dan retak apabila diberikan kpd makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kpd Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali..dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dgn ilmu yg mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu...ssghnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yg melakukan maksiat..buat akhirnya terimalah kata2 seorang sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sbg renungan bersama..''cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yg abadi utk seorang insan kerana ia tidak kekal..cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal,kecewa,menderita,dan tersiksa..oleh itu tidak ada suatu cinta pun yg dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yg kekal abadi kecuali cinta kpd pencipta manusia itu sendiri''...

1 comment: